Kelayakan & Syarat
* Permohonan akan dirujuk kepada Malaysian Dental Association @ Permohonan akan dirujuk kepada Malaysian Medical Association + bagi USM, pemohonan ijazah Sarjana (Masters) sahaja PINJAMAN 2.1 Pinjaman adalah ditawarkan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan sahaja. Bukti kewangan keluarga masa kini hendaklah dikemukakan bersama permohonan 2.2 Pinjaman ini cuma mengambil kira kos/yuran tuisyen (tution), makmal dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan, tidak termasuk kos makanan dan kediaman. Sila kemukakan salinan Jadual Yuran yang dikeluarkan oleh Bendahari Universiti semasa membuat permohonan. 2.3 Pinjaman adalah untuk satu (1) tahun akademik sahaja. Untuk membaharui/menyambung pinjaman untuk tahun akademik yang berikutnya, peminjam yang berjaya hendaklah mengemukakan Keputusan yang disahkan bagi tahun akademik terakhir. Perbaharuan pinjaman adalah tertakluk kepada prestasi yang baik dalam tahun akademik sebelumnya. Borang Perbaharuan Pinjaman hendaklah dikemukakan bersama. 2.4 Pemohon mestilah memberitahu BIM sekiranya ada memegang/menerima biasiswa/pinjaman bantuan kewangan dari mana-mana sumber lain untuk tujuan yang sama. Jika sekiranya seseorang pemohon memperolehi bantuan dari sumber lain selepas menerima pinjaman BIM, Pinjaman BIM itu mestilah dipulangkan dengan penuh dan serta merta. 2.5 Pemohon yang berjaya hendaklah menandatangani satu Perjanjian dengan BIM, dijamin oleh dua (2) orang penjamin, seorang darinya boleh dari saudara mara pemohon tetapi tidak dari kalangan ibu/bapa atau penjaga. 2.6 Jumlah pendapatan penjamin-penjamin adalah tidak kurang dari RM20,000.00 setahun. PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN 3.1 Pinjaman ini ditawarkan tanpa dikenakan faedah (interest) dan pembayaran hendaklah dibuat secara ansuran bulanan bermula dari enam (6) bulan selepas menamatkan kursus/pengajian. 3.2 Pelajarberkenaan dikehendaki menghubungi BIM dengan memberitahu alamat perhubungan semasa, majikan dan alamatnya atau sebagainya dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian. TARIKH TUTUP Sebelum atau pada DD/MM/200_. Permohonan lewat daripada tarikh tersebut, tidak akan mendapat perhatian BIM. KEPUTUSAN DAN PENGUMUMAN Akan dimaklumkan kemudian PERINGATAN Permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan pen"nohonan itu tidak dipertimbangkan dan ditolak dengan serta merta. Balai Ikhtisas Malaysia. By admin at 2006-07-05 02:34
|